SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Suku Akhir | Negeri Sembilan FC vs Selangor FC | Kita Bertandang ke Paroi!

May 26, 2023 - FAS

Skuad Selangor FC akan beraksi untuk pusingan Suku Akhir Piala FA 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan FC esok (27 Mei) pada jam 8.15 malam.

Ini merupakan pertemuan Piala FA kali ke-8 di antara #NSESEL sejak 2017, empat kemenangan dan dua seri. #NSESEL pernah bertemu dalam pusingan Suku akhir saingan ini pada tahun 1997 dan kemenangan memihak kepada skuad Gergasi Merah dengan agregat 4-2.

Pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee, sinonim dengan keadaan Stadium Tuanku Abdul Rahman, yakin pasukan akan berikan yang terbaik dalam perlawanan esok.

"Kita lihat pemain-pemain dalam keadaan yang bersedia untuk menghadapi kempen Piala FA 2023 pusingan Suku Akhir ini. Saya yakin rakan sepasukan akan bagi persembahan yang terbaik esok.

Stadium Paroi bukanlah asing dengan saya, satu musim saya di sana, bagi saya keadaan padang di Stadium Paroi sekiranya dalam keadaan yang baik akan memberi manfaat kepada kedua-dua pasukan. Jika saya diberi peluang untuk beraksi, saya semestinya akan berikan segalanya untuk pasukan," 

Bagi keberadaan pemain, menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, berkemungkinan besar Brendan Gan masih tidak dapat beraksi tetapi keadaan beliau semakin pulih, kita perlukan beliau terutamanya dalam perlawanan penting seperti ini. Walau bagaimanapun, kita lihat keadaan dahulu, apa yang terbaik untuk diri beliau dan pasukan,".

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan terus beraksi dengan penuh semangat untuk mara ke pusingan seterusnya. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!